Saturday, April 30, 2011

Mak, Tolonglah...

Cerita di bawah seakan mengena jugak dengan diri aku..

Seronok giler balik rumah. Jumpa mak, jumpa abah. Melihat mereka masih sihat dan kuat, buat hati rasa lega sangat. Tambahan kalau adik dan abang-abang pun ada di rumah. Inilah dunia yang indah bagi aku. Kalau boleh dibekukan masa, inilah masanya yang aku dambakan.


Duduk bersama, pelbagai perihal kehidupan didebatkan. Tapi..satu topik yang aku amat-amat tak mampu bertahan bila dibincangkan dan dipersoalkan. Topik yang mungkin juga buat ‘serabut’ bagi korang, tentang jodoh dan kahwin.


Dulu, masa zaman remaja, aku selalu dengar orang-orang agak dewasa mengomel tentang jodoh. Berat jodoh, mak paksa kahwin, asyik cakap nak cucu. Aku waktu itu rasa geli hati jer. Dalam fikiran aku, “aku dah semestinya kahwin awal..” maklumlah, waktu itu dah ada buah hati.


Bila masa berganti masa, sehinggalah tiba disaat kemuncak semuanya musnah, hati aku pun dah punah. Aku tak suka dengar tentang kahwin. Tentang jodoh. Tentang kekasih sehidup semati. Bagi aku, semua itu tak mungkin berlaku lagi dalam hidup. ‘Romeo and Juliet’? Laila dan Majnun? Semua itu hanya kisah dongeng yang takkan wujud dalam kotak hati aku!


Haha..emo je kan. Aku jadi emo bila mak bertanya tentang kahwin. Menasihati aku supaya jangan biar diri dipermainkan lagi oleh kaum Adam. Mak minta aku perbaiki diri, supaya cepat bertemu jodoh. Aku tahu setiap ibu pun pasti risaukan jodoh anak daranya, tetapi..aku makin terluka bila hal ini dibangkitkan.


Menerima seseorang ketika luka dihati masih terasa adalah satu perbuatan yang hanya mencipta mainan perasaan. Seperti mana harapan aku pernah dihempas hingga berderai, aku tak mahu melalui fasa itu lagi. Bukan penakut, tetapi aku sedar bukan mudah berjumpa seseorang yang mampu menerima aku dan keluarga seadanya.


Tapi, aku tak pernah benci atau berdendam dengan lelaki. Aku suka bila mereka punya sikap yang sempoi dan sekepala dengan aku. Namun, untuk melepasi sempadan friendship, aku tak mungkin terburu-buru lagi. Aku masih mampu merasa indahnya kehidupan bila berstatus ‘single’.



Moral of the story: Perasaan, tak siapa mampu mengerti.



Tuesday, April 26, 2011

Jelek Mencuci Mangkuk Tandas?

Kali ini aku teringin berkongsi tentang sikap segelintir rakyat kita. Pandai menggunakan tandas, tetapi rasa nak muntah bila disuruh mencuci mangkuk tandas.

Mengapa jadi begitu? Jika di tandas awam, rasanya logik juga kalau tak sudi mencuci. Tapi, jika di rumah sendiri, salahkah membersihkan kotoran sendiri?

Selalu dibiarkan ibu atau orang gaji yang membuat kerja ‘mudah’ itu. Tetapi, kita sendiri berasa malas dan tak sanggup walau hanya memegang berus jamban.

Mungkin ini yang dikata, hanya tahu ‘membuang’ tetapi tak tahu membersihkan. Ingin ku ingatkan di sini, tugas mencuci mangkuk tandas bukan tugas orang-orang ‘terpilih’ saja, tetapi merupakan tanggungjawab setiap orang, termasuk aku sendiri.

Apabila mentaliti merasakan diri terlalu bersih sehingga tidak sudi melakukan perkara-perkara yang dianggap kotor dan jijik, itulah sebabnya kebanyakan kebersihan tandas-tandas awam di negara kita berada di tahap paling teruk.

Bukan suruh mencuci tandas awam. Tetapi, jika di rumah sendiri pun tidak mahu melakukannya, apalagi ‘attitude’ individu tersebut di tandas awam. Lagilah tidak dijaga, malah dikotori sesuka hati sahaja. Buang tisu dan ‘pampers’ merata-rata. ‘Hasil buangan’ tak dicuci dengan sempurna.

Change our mind and attitude! Tunjukkan pada dunia bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang cintakan kebersihan dalaman dan luaran, di rumah atau di tempat awam!





Bila kita akan mempunyai tandas awam yang bersih sehingga mampu berbaring di dalamnya?

Friday, April 15, 2011

Aku Tanpa PJJ

Hari ni pertama kali aku pergi kerja naik teksi setelah ketiadaan PJJ yang amat aku sayangi..kerana housemate a.ka ofismate aku balik kampung.


Bangun-bangun dari tido, terus bergegas bersiap. Yer la, kalau naik kereta, sukahati la nak pergi pukul berapa pun. Sedar diri la hari ni...


Menapak dalam 3 minit nak ke tempat tunggu bas tu. Sambil menapak tu, mulalah berfikir, Allah berhak tarik balik kurniaan Dia bila-bila masa je. Dulu, aku naik kereta dengan bangganya memintas si pejalan-pejalan kaki. Nah, sekarang aku yang berjalan kaki sambil dipintas oleh pemandu kenderaan.


Tiba-tiba kaki tersepak batu pulak. Aduh..mata pandang mana ni! Huhu..nasiblah tak jatuh terjelepok tepi jalan tu.


Ternampak sebuah teksi lalu, cepat-cepat aku tahan. Dah lama betul aku tak naik teksi. Pemandu teksi tu buka radio Klasik.fm la pulak. Sekali keluar lagu lama yang agak sadis jugak. Tentang seorang perantau yang sendiri melayari hidup. Layan je la pagi-pagi, macam terkena pulak kat diri aku..haha


Sampai di ofis, menapak lagi. Lupa nak bagitau pakcik teksi tu supaya berhenti dekat pintu guard yang dekat dengan bangunan aku. Tiba-tiba kaki terpeleot lagi (ntah aku tak reti nak eja tapi lebih kurang gitu la kot). Ish..sebelum ni tak ada pulak macam ni.


Tapi aku tahu kenapa. Dah la bawa beg berat dengan laptop bagai, pakai pulak high heel. Jalan pun macam nak kontrol ayu..haha..akhirnya sampai di pintu ofis, aku berbisik pada diri sendiri sambil tersenyum.. “jangan dok buat teruk la Julida.....”


--Rindunya pegang PJJ, tambah-tambah kat stereng..huhu

Monday, April 11, 2011

Mak Ayah-Dekatkan Mereka di Hati

Hari ini aku siapkan story untuk ruangan Kembara Iman. Liputan masa pergi Kedah untuk Program 'Jejak Prihatin' dengan Islamic Relief Malaysia (IRM). Time aku rancak menaip, bila tiba dekat story sorang makcik a.k.a ibu tunggal ni, aku terus jadi sebak.

Mula-mula datang rumah dia tak la sayu sangat sebab rumah dia boleh dikatakan serba-serbi ok la. Tapi, bila dia cerita yang dia tinggal sorang-sorang, aku dah start rasa sedih sangat. Makcik ni nampak dah tua dan uzur, kalau apa-apa berlaku pada dia macam mana? sakit penat dia, pada siapa nak mengadu dan jadi tempat bergantung?

Terus fikiran aku melayang pada mak dan abah kat rumah. Dulu, masa aku dah nak grad, aku dah tekad nak cari kerja dekat dengan rumah, so aku boleh jaga mak abah. Tapi, sekarang..lain jadinya. At least mak aku masih ada peneman, tapi makcik ni..sorang-sorang bertemankan tv jer..cuba korang selami perasaan dia. Lalui hari-hari seorang diri..tiada tempat nak berkasih sayang..

Masa nak beredar dari rumah dia, aku rasa macam tak sanggup jer. Aku peluk bahu dia, rasa nak peluk jer..(tapi, cover..sebab ada wartawan majalah Anis pulak kat situ..). Sedih sangat, lepas tu aku rasa nak terus balik rumah je jumpa mak dan abah.

Inilah pengorbanan seorang ibu. Terlalu besar. Sanggup diri sendiri sunyi dan menderita asalkan anak-anak hidup bahagia. Sebab tu la aku tak kisah kalau orang cakap aku ni macam banyak duit jer balik rumah tiap-tiap bulan. Bagi aku, lantak la duit nak habis, asal aku boleh balik tengok keadaan mak abah aku.

Aku ulang-alik ke Penang, drive sorang-sorang. Ingat aku berani ke? Macam-macam boleh jadi tambah-tambah masa lalu ikut jalan bukit kat Jelapang dan terowong tu. Dah la aku masih pemandu amateur. Tapi, bila aku bayang wajah mak dan abah, tengok ayat Yasin dalam kereta yang mak bagi tu, aku rasa tak takut langsung....kalau meninggal pun, sebab nak balik jumpa mak ayah, itu satu kebanggaan kan?

Pesan aku pada korang semua, kalau dah lama tak jenguk mak ayah tu..pulanglah...kenang setiap pengorbanan mereka pada kita. Walau payah macam mana pun, cubalah cari jalan untuk balik jugak..jangan sampai kita menyesal bila mereka dah tak ada lagi.

Semua benda dalam dunia ni boleh dicari. Tapi, mak dan ayah tak mungkin dapat diganti. Percayalah, pengorbanan wang ringgit dan penat lelah tu terlalu sedikit kalau nak dibanding betapa bernilainya saat-saat kita berjumpa mereka dan menggembirakan hati mereka.

Kalau ada mak atau ayah korang yang dah tiada lagi, jangan pernah lupa hadiahkan doa dan bacaan ayat suci al-Quran buat rohnya...sungguh mereka adalah kurnia yang paling hebat dari Allah buat kita walau apa pun kekurangan mereka...


makcik ni sentiasa menanti kepulangan anak-anaknya...

Sunday, April 10, 2011

Belajar Memahami Untuk Difahami


Banyak beza sebenarnya antara lelaki dan wanita. Fizikal tu memangla dah sah-sah tak sama, ni aku nak cerita bab perbezaan dari aspek apa yang wanita nak dan apa yang lelaki tak tau wanita tu nak dan sebaliknya la.

Aku tertarik dengan apa yang kawan aku baru kenal share masa pergi Kedah hari tu. Wanita ni bila dia stress dengan kerja, dia mesti cari pakwe dia dan luahkan segala bebanan dan perasaan geram dia tu. Dia tak harap apa-apa pun. Cuma nak si dia jadi pendengar je. Itu dah jadi satu kepuasan pada dia.

Yang si lelaki ni pulak konon-kononnya nak bagi solution, "u berhenti je la kerja..", takpun "u sound je dia..bos macam tu memang saja nak ambil kesempatan," dan macam-macam lagi. Then wanita tu mula la nak judge lelaki tu. "Dia ni saja je nak bagi aku lagi stress.." takpun, "ish..ada ke suruh aku buat macam tu..ntah apa-apa punya pendapat,".

Ni takde la sebijik dengan apa yang kawan aku tu cakap, tapi lebih kurang macam tu la..so, maknanya kat sini, bila wanita cerita masalah diorang, lelaki dengar jer la..takyah nak susah-susah bagi pendapat kecuali kalau dia yang minta. Ni untuk elak korang di judge oleh wanita.

Ha..wanita plak..kita ni kaum yang sangat concern dengan masalah orang terutamanya someone special. Betul tak? Tapi, menurut kawan aku ni..takpayah! (dia lelaki, so aku percaya la jugak!). Lelaki bukannya jenis suka cerita masalah dengan awek dia. Bagi dia, benda tu dia boleh settlekan sendiri. Diorang kan ego tinggi. Konon kalau cerita kat wanita, seolah-olah diorang lemah dan tak mampu galas masalah tu.

Yang wanita plak, kalau si dia tak cerita masalah dia tapi asyik buat muka takde mood bila berjumpa, mula la rasa tak dihargai. Bila tanya, "u ada masalah ke? bagitaula..mungkin i boleh tolong." senang je si dia jawab, "takde apa la.." kalau korang push banyak kali, dia jawab..tapi bunyinya cam nak taknak je bagitau. Lelaki tu mesti fikir, "buat aku tertekan lagi la pompuan ni..". huh...

Bila pasangan ni mula judge antara satu sama lain,mula la rasa tak serasi. cam aku cakap tadi..dah tu faham-faham la apa jadi. Tapi, kalau ada sikap saling menerima seadanya, itu satu bonus la..

Kadang-kadang bila perkara macam ni selalu berlaku, tu yang buat pasangan rasa tak serasi. Tapi, kalau dapat diselesaikan segera, mungkin hubungan tu dapat diselamatkan..entah la, korang fikir-fikirkanla betul ke tak...

Aku rasa betul je kot..based on aku punya experience dolu-dolu..aku sahkan betul 100%! ;-)


Tuesday, April 5, 2011

Laut Kita Dicemari Radiasi Nuklear?

This week aku menulis tentang radiasi nuklear kat Jepun.Macam biasa,apa-apa nak tulis mesti kena collect various of info dulu..apa yang aku tahu,sekarang orang tengah panik pasal radiasi tu dah mencemari air lautan pasifik. So, aku pun call pihak Agensi Nuklear Malaysia untuk dapat sikit updated info la.

Tapi, diorang sebenarnya takbleh komen benda tu. Yang aku dapat cuma general info tentang kesan-kesan radiasi. Pasal senario 'full meltdown'. Lain-lain info,semua kena tengok dekat laman web agensi tu. Bila aku tengok bahagian press realease..ada la story daily update tentang apa yang pihak Agensi keselamatan Industri & Nuklear Jepun buat untuk kawal radiasi tu dari merebak. Korang baca la sendiri kat link ni eh..
http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html

Sekarang ni Malaysia pun tak kecoh-kecoh sangat pasal radiasi ni. Yer la, kalau rakyat panik,satu negara huru-hara. Mula la jadi 'cacing kepanasan'. Serang pemimpin habis-habisan,suruh ambil tindakan segera. Jangan buat tak peduli. Tapi, kita tahu ke diorang tak peduli? Kita tak nampak apa diorang buat,jadi jangan menggelabah tak tentu hala.

Tapi, aku nak cerita la sikit apa yang seorang kapten kapal Malaysia bagitau aku. Dia kata sebenarnya Malaysia dalam bahaya. Setiap hari, kapal Malaysia berulang-alik ke Jepun,jadi kapal tu perlu menyedut air laut kat Jepun untuk seimbangkan kapal tu. Bila sampai Malaysia, kapal tu buang air yang disedut. jadi,korang mesti dapat bayangkan apa yang berlaku..dan cuba imagine, setiap hari kapal-kapal Malaysia ulang-alik 2-3 kali ke Jepun. Paling bahaya mestila Bintulu dan Port Klang...itu kata Kapten tu la.

Aku macam nak tanya juga Agensi Nuklear Malaysia pasal hal tu tapi aku tau diorang takkan komen. Aku pun tak boleh nak tulis dalam artikel aku. Benda ni tak ada pengesahan daripada pihak berkuasa. Orang lain tak kecoh, takkan aku nak bikin kontroversi kot. So, just citer2 la kat sini..sharing is caring...apa yang penting, kita kenala ambil langkah sentiasa alert dengan situasi bahaya macam ni..

Atas dasar prihatin aku kepada korang semua dan diri aku sendiri, rujuklah link ni untuk dapatkan maklumat detail apa yang kita patut buat jika radiasi nuklear ditakdirkan sampai ke negara kita..baca kat sini tau..
http://www.nisa.meti.go.jp/english/files/en20110316-1.pdf