Tuesday, April 26, 2011

Jelek Mencuci Mangkuk Tandas?

Kali ini aku teringin berkongsi tentang sikap segelintir rakyat kita. Pandai menggunakan tandas, tetapi rasa nak muntah bila disuruh mencuci mangkuk tandas.

Mengapa jadi begitu? Jika di tandas awam, rasanya logik juga kalau tak sudi mencuci. Tapi, jika di rumah sendiri, salahkah membersihkan kotoran sendiri?

Selalu dibiarkan ibu atau orang gaji yang membuat kerja ‘mudah’ itu. Tetapi, kita sendiri berasa malas dan tak sanggup walau hanya memegang berus jamban.

Mungkin ini yang dikata, hanya tahu ‘membuang’ tetapi tak tahu membersihkan. Ingin ku ingatkan di sini, tugas mencuci mangkuk tandas bukan tugas orang-orang ‘terpilih’ saja, tetapi merupakan tanggungjawab setiap orang, termasuk aku sendiri.

Apabila mentaliti merasakan diri terlalu bersih sehingga tidak sudi melakukan perkara-perkara yang dianggap kotor dan jijik, itulah sebabnya kebanyakan kebersihan tandas-tandas awam di negara kita berada di tahap paling teruk.

Bukan suruh mencuci tandas awam. Tetapi, jika di rumah sendiri pun tidak mahu melakukannya, apalagi ‘attitude’ individu tersebut di tandas awam. Lagilah tidak dijaga, malah dikotori sesuka hati sahaja. Buang tisu dan ‘pampers’ merata-rata. ‘Hasil buangan’ tak dicuci dengan sempurna.

Change our mind and attitude! Tunjukkan pada dunia bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang cintakan kebersihan dalaman dan luaran, di rumah atau di tempat awam!





Bila kita akan mempunyai tandas awam yang bersih sehingga mampu berbaring di dalamnya?

No comments:

Post a Comment